Monday 23 February 2015

Kandungan Double Stemcell

PHYTOCELL DOUBLE stemcell tumbuhan batang sel-sel kombinasi dengan menggunakan teknologi Swiss – PhytoCellTec™ Malus Domestica (Apple Stem Cell) dan PhytoCellTec™ Solar Vitis ( Grape Stem Cell), diperkaya dengan Acai Berry dan Blueberry untuk menyuburkan kulit anda dari dalam dan memberikan hasil yang ketara. Double stemcell ini akan mengaktifkan semula sel-sel pada seluruh tubuh badan agar sentiasa cergas dan bertenaga menjalankan aktiviti harian. Ia sangat sesuai untuk lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.


Terdapat 4 ramuan utama yang terdapat dalam PhytoScience Double StemCell ini:
    1)  PhytoCellTec™ MalusDomestica (Apple Stem Cell)

    *  Selinduk daripada buah epal Swiss (Uttwiler Spattauber)

Uttwiler Spattauber adalah nama pokok epal dari Switzerland yang ditanam sejak kurun ke 18, mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan diri sendiri dan bertahan lebih lama daripada jenis-jenis lain. Pokok epal ini hampir pupus kerana buahnya yang masam dan kurang diminati. Satu pasukan saintis di Mibelle Biochemistry membuktikan bahawa dengan tahap kepekatan 0.1% daripada PhytoCellTec™ dapat memberi inspirasi kepada banyak sel-sel stem manusia yang menakjubkan sehingga 80%, ini adalah formula rahsia yang kaya dan terkenal.
Epal ini tidak sama seperti epal yang terdapat di pasaraya atau di kedai-kedai. Ia mengandungi antioksidan yang tinggi. Jika buah epal ini jatuh ke tanah, ia tidak akan kecut atau busuk untuk jangkamasa 4 hingga 6 bulan. Dan juga jika pokok atau buahnya tercedera, ia akan pulih dengan cepat.

2) Kandungan PhytoCellTec™ Solar Vitis PhytoCellTec™
*Selinduk daripada Buah Anggur
Stem Cell daripada anggur Gamay Teinturier Freaux. Gamay ialah sejenis anggur dari daerah Burgundy, Perancis. Ia mengandungi kandungan antioksidan yang sangat berkesan dan merupakan penyingkir radikal bebas untuk perlindungan UV. Ia merangsangkan pembaruan yang berterusan dan memperbaiki kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit menjadikannya lembut dan gebu. Aktiviti sel stem kulit adalah faktor utama dalam memastikan tenaga dan kapasiti penjanaan semula kulit. Solar Vitis kedua-dua melindungi dan mengekalkan aktiviti sel stem epidermis – walaupun dalam kes-kes tekanan yang disebabkan oleh UV.
3) ACAI BERRY
Dianggap sebagai “Berry Kecantikan” dari Amazon. Acai Berry adalah padat dengan sebatian yang membuat badan kelihatan menakjubkan dari luar dan dalam. Ia padat dengan antosianin dan flavonoid yang membekalkan lebih banyak antioksidan berbanding dengan buah beri. Ia mempunyai 5 kali antioksidan gingko dan 33 kali antioksidan wain merah. Bahkan ia bukan sahaja antioksidan, beri kecil ini juga padat dengan asid lemak omega, asid amino, mineral semulajadi serta Vitamin A, B1 dan E.
Banyak lagi khasiat Acai Berry ni kalau anda nak tahu. Antaranya: *Pengurangan Berat Badan – Acai Berry dapat meningkatkan kadar metabolisme badan, menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang banyak. *Tenaga Yang Berpanjangan – Acai Berry membantu tubuh mendapatkan kualiti rehat yang lebih baik, agar dapat memulakan hari dengan tubuh badan yang lebih segar pada setiap pagi. *Melancarkan peredaran darah, tumpuan dan ingatan – Boleh meningkatkan peredaran darah ke otak supaya mampu beroperasi dengan lebih berkesan di samping meningkatkan daya ingatan dan kejelasan mental. *Kulit yang lebih sihat dan berseri – sebatian yang unik dan antioksidan menjadikan kulit lebih muda dan segar. *Merendahkan Kolestrol *Menguatkan Jantung
4)  BLUEBERRY…ini khasiatnye ye.. memang banyak… Blueberry adalah buah yang hebat dan penuh dengan vitamin, mineral dan antioksidan. Bermanfaat dalam mengurangkan lemak, menghilangkan radikal bebas, memerangi isu metabolik negatif, menggalakkan paras insulin yang lebih baik, menyokong kesihatan oskular dan menghindari penyakit serta mencegah kanser.” Blueberry juga tinggi dalam Vitamin C, yang menggalakkan sistem imun yang sihat. Blueberry juga mengandungi Vitamin A, Iron, Kalsium, Magnesium, Vitamin K, Vitamin E, Zink, Fosforus dan Selenium. Magnesium membantu menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga. Sebagai tambahan, gabungan hebat nutrien dalam blueberry akan menjaga penglihatan dan retina mata yang sihat juga! Blueberry mengandungi tahap antioksidan dan serat. Gabungan ini menggalakkan keupayaan kita untuk membubarkan kolesterol yang tidak baik yang berada didalam tubuh badan kita. Blueberry menentang isu-isu metabolik badan yang boleh mencegah penyakit jantung.”
Blueberry mengandungi flavonoid. Flavonoid telah dibuktikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fungsi kognitif seperti; keupayaan untuk analisis, membuat keputusan, dan mengekalkan kefahaman. Di samping itu, penggunaan tetap flavonoid boleh membantu melambatkan penurunan mental penuaan.
Flavonoid dalam blueberry telah dibuktikan dapat memberi perlindungan terhadap penyakit seperti Alzheimer dan Parkinson. Flavonoid juga telah didapati membantu dalam melambatkan penurunan kognisi mental penuaan.”
Blueberry merupakan penjana Anti Pengoksidaan yang berkesan. Sejarah Perubatan memberitahu bahawa bukti penggunaan Blueberry digunakan untuk produk anti penuaan, merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi, menentang kanser serviks/payudara, perlindungan sistem jantung, meningkatkan daya ingatan, menyokong saluran darah, mengelak daripada jangkitan saluran kencing, pengurangan kolestrol dalam badan, menghidar keletihan mata, dan memberi tenaga tambahan.
 
Sumber

No comments:

Post a Comment